SABTU,24/9/2016
BY.RA
"Daniel nak pergi mana tu?" tanya Fira apabila ternampak adik lelakinya itu ingin turun tangga. Nampaknya adiknya itu ingin melarikan diri dari kemas rumah yang bersepah nie. Fira hanya mampu geleng kan kepala apabila melihat adiknya itu pusing ke belakang perlahan-lahan sambil tersengih dan garu kepala yang tidak gatal.'wahai adikku jangan ingat kali ini kakakmu ini akan lepaskan mu'
" errr Daniel nak keluar nak jumpa kawan Daniel kejap" kata Daniel sambil membuat simbol peach kepada kakaknya itu. berharap supaya kakaknya itu tak marah dan melepaskannya kali ini.
" ingat comel ke buat muka macam tu? dah dah jangan nak mengelak eh? nak jumpa kawan ke nak jumpa makwe ke lepas nie ok? sekarang tolong kakak kemas rumah dulu. selagi rumah nie tak kemas jangan mimpi lah Daniel dapat keluar dari rumah nie."kata Fira tegas yang bermakna dia cukup serius dengan kata-kata dia kali ini.
"alaaa.... kakak nie.."
"takde maknanya ala ala. dah-dah cepat buat." kata Fira sambil tahan senyum apabila melihat muka cemberut adik kesayagannyaa itu. sejujur-jujurnya dia hanya ingin mengetak adiknya itu sebab adiknya hanya tahu sepahkan rumah aja bila di suruh kemas laju aja dia lari dari rumah dan bila Daniel lari dialah yang akan jadi mangsa untuk mengemas rumah. dalam hati hanya tuhan ajaa yang tahu betapa dia mengamuk dengan adiknya itu. kejernya itu hanya tahu menyusahkan orang aja. nasib baik adik kesayangan dia, kalau tak dah lama kena pelempang gamaknya.
" iyalah iyalah orang buat lah nie. kakak pun sama buat juga, jangan cuba nak curi tulang pulak eh?" kata Daniel sambil menyerah kalah dan mengugut kakaknya itu. Fira hanya mampu tersengih aje bila diugut oleh adiknya itu. akhirnya mereka sama-sama mengemas rumah yang bersepah itu. mereka kena siapkan sebelum mama bailik ke rumah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
" mamaa..." panggil Fira meleret aje suara dia ialah nak minta sesuatu mestilah kena panggil baik-baik kan.
"Adalah itu yang dia nak kan tu" kedegaran sinis suara di sebelah sana. Fira menjegilkan matanya itu kepada makhluk Allah yang satu itu. menyibuk aja. sehari tak bergaduh dengan dia memang tak sah.
"biarlah menyibuk aje" Fira menjeling abang susuanya itu. dari ekor mata dia dapat melihat abangnya itu berpakaian sepoi dengan baju tanpa lengan dan berseluar pendek paras lutut dan Fira juga akui yang abangnya itu memang hensem dan sebab itu jugalah abangnya itu sentiasa dikelilingi dengan perempuan.
"Fira nak apa sayang?" tanya papa disamping meleraikan bunga -bunga pergaduhan yang baru nak mekar itu.
"Fira nak minta izin mama dengan papa,erm Fira nak pergi berkemah dengan kawan-kawan Fira seminggu lagipun time tu sekolah dah start cuti. Boleh tak mama papa? tanya Fira dengan muka berharap.
"no sayang sebab minggu depan kita semua akan balik kampung. lain kali lah Fira pergi ok?"kata mamanya itu.
"tak apa lah kalau macam tu. Kita nak balik kampung bila mama? lagi pun Fira masih belum kemas baju lagi ini." tanya Fira dengan senyuman nipis di bibir.
"tak apa mak mah da kemas kan tadi."
" ermm Fiq mana? Fira tak nampak pon dari tadi."tanya Fira sambil matanya mencari kelibat anak buahnya itu. Fiq merupakan anak abang susuannya dan arwah kakak iparnya. Fiq telah kehilangan maknya dari dia lahir kerana maknya itu menghidap kanser rahim. selepas 3 tahun arwah kakak iparnya meninggal akhirnya abangnya itu kahwin lain.tapi sayangnya arwah isteri abangnya kedua itu tidak menyukai Fiq dan hanya dia aja yang mengetahui tentang itu.isteri kedua abangya telah meninggal 2 tahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya dan dia dituduh penyebab kematian arwah kakak iparnya itu. walaupun dia dan arwah selalu bergaduh tetapi tidak pernah sekali pun dia terfikir ingin membunuh kakak iparnya itu. sejak hari itu hubungan dia dan abangnya itu mula renggang.
"Fiq dah tidur lah. katanya tak sabar nak balik kampung." kata mamanya sambil tersenyum.
"okey lah kalau macam tu Fira tidur dulu lah." kata Fira sambil menyelami tangan mama dan papa nya dan terus melangkah ke tempat dia beradu.
BERSAMBUNG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan